Embraer KC-390

Embraer KC-390 adalah sebuah pesawat pengangkut tentera bersaiz sederhana, berenjin jet yang dibangunkan oleh pengeluar aeroangkasa dari Brazil, Embraer. Ia akan menjadi pesawat terberat yang dibangunkan oleh syarikat ini sehingga kini, dan boleh mengangkut sehingga 21 tan (23 tan) kargo, termasuk kenderaan perisai beroda.[1] Saiznya menyamai pesawat C-130J Super Hercules, yang mana mampu mengangkut sehingga 19-tan (21 tan) kadar muatan.[2]